Allah s.w.t berfirman dalam surah az-Zukhrif ayat 67, yg bermaksud: "Pada hari itu, sahabat-sahabat karib setengahnya akan menjadi musuh kepada setengahnya yang lain, kecuali orang yang persahabatannya berdasarkan taqwa (iman dan soleh).."
Justeru, kita sendirihendaklahmenjadi sahabat yg baik kepada rakan-rakan kita, dan berharap, mereka juga benar2 jujur dan ikhlas utk berkawan dgn kita.
berikut ada beberapa tips sbg panduan utk kita amalkan dalam bersahabat;
1. memberitahunya bahawa kita kasih dan suka berkawan dengannnya
Rasulullah s.a.w bersabda:"Jika seseorang kasih kepada seseorang maka hendaklah dia memberitahu temannya." (HR Abu Daud)
2. Apabila berpisah dgn sahabat, hendaklah kita mendoakan sahabat kita tanpa pengetahuannya.
Rasulullah s.a.w bersabda:"Setiap hamba muslim yg mendoakan saudaranya tanpa pengetahuannya pasti akan didoakan malaikat dgn berkata engkau juga akan mendapat seumpamanya" (HR Muslim)
3. Sentiasa bermanis muka ketika berjumpa dengan sahabat
Rasullullah SAW bersabda:"Janganlah kamu meremehkan kebajikan sedikit pun, sekalipun dengan berjumpa temanmu dalam wajah yang ceria" (HR Muslim)
4. Segera bersalaman ketika bertemu
Rasulullah s.a.w bersabda: "Setiap odua org islam yg berjumpa daln bersalaman pasti akan diampunkan dosa keduanya sebelum mereka berpisah." (HR Abu Daud)
5. Sentiasa menziarahi sahabat
Rasulullah s.a.w bersabda:"Hendaklah kamu menziarahi sesekali, nescaya akan bertambah kasih sayang antara kamu"
6. Memberi Hadiah
Rasulullah s.a.w bersabda:"Hendaklah kamu saling memberi hadiah nescaya kamu akan bertambah kasih sayang (HR Thabrani)
7. membantu sahabat dalam kesusahan
Rasulullah s.a.w bersabda:"Orang yang berjalan untuk menunaikan hajat sahabatnya lebih baik daripada orang yang beriktikaf selama 2 bulan" (HR Hakim)
Sumber: Ukhuwah Islamiah (Dr. Abdullah Nasir Ulwan)
dipetik dari majalah IMAN, Bil. 1 (Feb 2012)
Semoga sahabat-sahabat GLC tergolong dalam sahabat2 dunia dan akhirat... dan semoga kita semua mendapat keberkatan daripada persahabatan ini, inshaallah...
| starbucks, klcc, ni mmg muka2 biasa .. eh, dnai not in the pic sbb she was the photog! |
| Bumbu Desa, klcc .. almost everyone of us, except Jannah and soulie kot yg takde.. |
| The Sphere, bangsar south - ok now ada jannah :-) |

3 comments:
Nice entry. terharu baca :)
but chopp...first pix tuh "dnai" tuh saper? ekekeke
seken pix bumbu desa....aku pon takde :(
dani tu..
aah.. bumbu desa sol takde..
amin.. insyAllah.. thanks uols!!
amin....
Post a Comment